Boleh tak kalau saya benci memandu kereta manual. Benci sangat. Saya merasakan bahawa apabila memandu kereta manual, kemungkinan untuk bertemu kemalangan tersangat lah tinggi. Apabila saya memandu kereta auto pun macam siot, ini pula kereta yang saya harus godek2 gear lah semua.
Saya tak pandai lagi nak godek2.
Tadi emak saya menjerit2 dalam kereta kerana saya hampir menukar dari gear 4 terus ke gear 1 apabila hendak menuju 'traffic light'. Apa terdayanya, sudah sekian lama saya memandu kereta auto, jadi saya harus biasakan diri dengan manual. Saya tiada pilihan kerana bapa saya akan membawa kereta auto kesayangan saya itu ke Pulau Pinang.
Jadi, jika saya tidak membiasakan diri dengan kereta manual, saya akan terperap di rumah macam orang bodoh. Itu tidak mungkin akan berlaku. Kemungkinan emak saya berkata benar, saya tidak cukup 'practice' lagi. Katanya, apabila sudah biasa dengan membawa kereta manual, semua menjadi lebih mudah.
FINE I'LL JUST PRACTICE MORE SHEESH
and apparently my BM needs more practice too tah apa aku merepek nii daa -.-